Penerbangan Jepun-Australia ubah haluan ke Guam

Penerbangan Jepun-Australia ubah haluan ke Guam

SYDNEY, 7 Ogos – Satu penerbangan Jetstar dari Tokyo ke Gold Coast Australia diubah haluan ke Guam dan satu enjin dimatikan hari ini selepas lampu amaran menyala.

Penerbangan Dreamliner Boeing 787 JQ12 dari lapangan terbang antarabangsa Narita ke Gold Coast mendarat di wilayah pulau AS Guam di Pasifik pada pagi ini setelah lampu amaran tekanan minyak keluar, kata Jetstar.

“Satu penerbangan dari Narita ke Gold Coast diubah haluan pada pagi ini selepas pesawat udara mengeluarkan satu mesej mengenai tekanan minyak,” kata syarikat penerbangan dalam satu kenyataan.

“Setelah menerima petanda mesej, kapten memilih untuk mematikan satu enjin sebagai langkah berjaga-jaga. Boeing 787 boleh terbang dengan selamat menggunakan satu enjin.”

Penumpang, yang dikatakan seramai 320 orang oleh Australian Broadcasting Corporation, akan dibawa ke Australia dengan kapal terbang yang tiba esok.

Jetstar berkata jet tersebut mendarat dengan selamat di Guam dan sedang diperiksa oleh jurutera. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA