Penerbangan kedua berlepas ke Madinah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Seramai 249 bakal jemaah haji dan lima orang pegawai dari Maktab Urusan Haji Perubatan dan Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd hari ini berlepas ke Madinah dalam penerbangan kedua.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas kepada mereka ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei TAIB; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.  (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)