Penerbangan komersial pertama AS-Cuba sejak 1961

Penerbangan komersial pertama AS-Cuba sejak 1961

SANTA CLARA, Cuba, 1 Sept – Penerbangan komersial pertama dalam lebih 50 tahun dari Amerika Syarikat mendarat di Cuba pada hari ini, tatkala kedua-dua buah negara mengambil langkah terbaru dalam usaha mereka untuk merangsang hubungan.

Penerbangan JetBlue 386 mendarat di tengah bandar Cuba Santa Clara sejurus sebelum 11:00 pagi, kira-kira satu jam selepas berlepas dari Fort Lauderdale di tenggara Florida dengan 150 penumpang.

Dua penumpang pertama yang turun daripada kapal terbang membawa bendera AS dan Cuba ketika mereka turun daripada tangga ke landasan kapal terbang, di mana mereka bertukar bendera sebagai tanda persahabatan.

Pekerja lapangan terbang mengalu-alukan penerbangan JetBlue 387 memegang bendera AS dan Cuba di landasan lapangan terbang Santa Clara, Cuba, kelmarin. – AP
Pekerja lapangan terbang mengalu-alukan penerbangan JetBlue 387 memegang bendera AS dan Cuba di landasan lapangan terbang Santa Clara, Cuba, kelmarin. – AP

Penerbangan itu adalah yang pertama daripada 110 perjalanan harian yang menghubungkan bandar AS ke lapangan terbang di pulau yang ditadbir oleh Komunis, kebanyakannya di atau berhampiran pusat pelancongan.

Perkhidmatan udara tetap diputuskan ketika Perang Dingin, dan penerbangan sewa telahpun menjadi satu-satunya hubungan udara sejak itu. Setiausaha Negara AS John Kerry mengalu-alu titik perubahan itu.

“Penerbangan komersial AS pertama ke Cuba sejak 1961, setahun selepas menaikkan bendera di Kedutaan AS Havana. Satu lagi langkah ke depan,” tulis beliau di Twitter. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA