Penerbangan Naib Presiden India ke Brunei hari ini

Penerbangan Naib Presiden India ke Brunei hari ini

BALI, 4 Nov – Penerbangan Naib Presiden India, Tuan Yang Terutama Mohammad Hamid Ansari (gambar) dari Bali, Indonesia ke Negara Brunei Darussalam telah ditangguhkan hari ini selepas Gunung Rinjani berhampiran Pulau Lombok memuntahkan abu, memaksa lapangan terbang di sini ditutup sehingga esok (5 Nov).

Penerbangan khas Naib Presiden India yang dijadualkan berlepas ke Brunei pada jam 1:45 petang waktu tempatan, di sini, dibatalkan selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup.

Lapangan terbang itu akan dibuka semula pagi esok selepas situasi semasa dinilai semula, kata pegawai.

pg01_151105_b

“Sebanyak 692 penerbangan dibatalkan sehingga jam 8:45 esok,” kata pihak berkuasa lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Gunung Rinjani berhampiran Pulau Lombok memuntahkan abu sejak hujung minggu lalu.

“Gegaran akibat aktiviti gunung berapi secara berterusan direkodkan dan potensi lebih banyak letusan masih tinggi,” kata agensi meteorologi Indonesia dalam satu kenyataan.

TYT Ansari tiba di Indonesia pada 1 November dan berlepas ke Bali setelah dua hari di Jakarta.

ARTIKEL YANG SAMA