Penerbangan sulung Airlander 10 ditangguhkan

Penerbangan sulung Airlander 10 ditangguhkan

SHORTSTOWN, England, 15 Ogos – Pembuat pesawat helium yang diiktiraf sebagai pesawat terbesar di dunia menangguhkan penerbangan sulungnya pada saat akhir semalam.

Airlander 10 yang memiliki bentuk badan sepanjang 92 meter itu telah ditangguhkan dalam hari pertama siri ujian penerbangannya sejauh 45 batu di utara London. Ketua Eksekutif Hibrid Kenderaan Udara, Stephen McGlennan, berkata pesawat itu mengalami “sedikit isu teknikal” dan tidak ada masa untuk memperbaikinya sebelum waktu malam.

Dia tidak mengatakan apa-apa tentang penjadualan semula penerbangan itu.

Digelar ‘flying bum’, Airlander merupakan kenderaan hibrid udara dan direka untuk tidak terlalu bergantung kepada penggunaan bahan api berbeza dengan kapal terbang, tetapi membawa beban yang lebih berat daripada kapal udara konvensional.

Pemaju yang mengatakan ia boleh bergerak sehingga 90 mph (148 kph) dan kekal di udara sehingga dua minggu.

Pesawat itu pada mulanya direka untuk tentera AS, yang merancang untuk menggunakannya bagi pengawasan di Afghanistan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA