Penerbangan sulung Malindo Air ke Trivandrum, India bermula

Penerbangan sulung Malindo Air ke Trivandrum, India bermula

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) – Syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia, Malindo Air telah memulakan perkhidmatan ke destinasi terbarunya iaitu bandar Trivandrum di India, sekali gus, menjadi bandar keenam syarikat penerbangan itu beroprasi selepas Delhi, Mumbai, Trichy, Kochi dan Vishakapatnam.

Malindo Air merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang mengadakan penerbangan terus di laluan itu, dari Kuala Lumpur, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Penerbangan sebanyak empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Trivandrum dibuat pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu, dengan tambang promosi Kelas Perniagaan bermula dari RM469 untuk sehala dan Kelas Ekonomi dari RM309 sehala.

Pada masa yang sama, Malindo Air telah mengumumkan pelancaran penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Trichy, India bermula 26 September 2015 dengan penerbangan dua kali seminggu pada setiap Selasa dan Sabtu.

ARTIKEL YANG SAMA