Penerbangan Taipei-Los Angeles mendarat selamat

Penerbangan Taipei-Los Angeles mendarat selamat

LOS ANGELES, 27 Mei (dpa) – Penerbangan dari Taipei ke Los Angeles mendarat dengan selamat semalam selepas satu ancaman bom telah dibuat melalui panggilan telefon semasa pesawat itu masih dalam perjalanan, lapor media tempatan.

Skuad bom dalam perjalanannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, tempat pesawat itu telah dibawa ke lokasi terjamin selepas mendarat dengan selamat kira-kira 3:40pm (2340 GMT).

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan para pegawai lapangan terbang buat masa ini sedang menyiasat ancaman yang dibuat ke atas EVA Air Flight 12, ujar FBI dalam satu kenyataan, menurut City News Service.