Penerbangan ubah haluan selepas terima ancaman

Penerbangan ubah haluan selepas terima ancaman

PARIS, 8 Dis – Satu penerbangan Air France dari San Francisco ke Paris telah mengubah haluan ke Montreal ‘sebagai satu langkah berjaga-jaga’ selepas menerima ‘ancaman tidak diketahui’, menurut penerbangan itu kepada AFP hari ini.

Pesawat AF083 dari San Francisco menuju ke lapangan terbang utama Paris Charles de Gaulle mendarat sebelum tengah malam waktu tempatan di Montreal, menurut firma itu.

“Pihak berkuasa tempatan akan mula memeriksa pesawat, para penumpang dan bagasi,” menurut Air France dalam satu kenyataan kepada AFP.

“Satu siasatan akan dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca amaran tersebut,” tambah penerbangan berkenaan, yang meminta maaf kepada para penumpang atas ‘kesulitan dan penangguhan tersebut’.

Perancis sentiasa menjalankan langkah berjaga-jaga sejak amukkan kumpulan jihad di Paris pada 13 November yang mengorbankan 130 orang. – AFP