Penerbangan United Airlines ditangguh 2 jam

Penerbangan United Airlines ditangguh 2 jam

NEWARK, New Jersey, 13 Sept – Gangguan kuasa elektrik di menara kawalan United Airlines di New Jersey telah mengakibatkan penerbangan ditangguhkan selama kira-kira dua jam.

Masalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty itu menjejaskan penerbangan United petang kelmarin.

Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey berkata menara kawalan United di Terminal C mengalami gangguan bekalan elektrik pada sekitar 5 petang. Kuasa elektrik berjaya dipulihkan dalam masa yang singkat namun mengalami gangguan selepas itu. Ia telah dipulihkan semula sekitar 7 malam.

Penerbangan telah disambung semula selepas itu. United Airlines yang berpangkalan di Chicago berkata tiada penangguhan dibuat.

Para penumpang telah menulis aduan di twitter mengenai terkandas di lapangan terbang dan duduk-duduk tanpa berbuat apa selama berjam-jam. – AP