Penerbangan Vietnam berbelanja besar

Penerbangan Vietnam berbelanja besar

HANOI, 6 Sept – Syarikat penerbangan Vietnam membeli 50 buah kapal terbang bernilai AS$6.5 bilion daripada Airbus Perancis hari ini, tatkala Presiden Francois Hollande melawat negara komunis itu untuk mempertingkat hubungan perniagaan dengan salah sebuah konomi yang berkembang paling pesat di Asia Tenggara.

Perjanjian tersebut merupakan tindakan terbaru oleh syarikat penerbangan Vietnam untuk menambah armada dan merangsang permintaan daripada kelas pertengahan dengan wang dibelanjakan ke atas perjalanan udara di dalam dan luar negara.

Hollande, presiden Perancis ketiga yang melawat Vietnam sejak mencapai kemerdekaan, berkata “perjanjian amat penting itu” memperdalam hubungan dengan bekas jajahan di mana warisan Perancis sentiasa wujud, daripada bangunan era jajahan kepada masakan yang dipengaruhi Perancis.

“Kami bersetuju untuk menggalak kedua-dua negara supaya menubuhkan perkongsian ekonomi yang berasaskan pemindahan teknologi,” kata Hollande selepas Airbus menandatangani tiga perjanjian berasingan.

Beliau tidak memberikan huraian tentang nilai setiap perjanjian, namun Vietjet berkata dalam satu kenyataan kemudian bahawa ia sedang membelanja AS$2.39 bilion ke atas kapal terbang barunya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA