Penerbit ditetak hingga mati

Penerbit ditetak hingga mati

DHAKA, 1 Nov (Reuters) – Penerbit pengkritik online kegiatan militan agama yang telah dibunuh, semalam telah ditetak hingga mati di bandar Bangladesh, menurut polis, beberapa jam selepas serangan serupa ke atas dua orang penulis sekular dan seorang lagi penerbit di negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Faysal Arefin telah menerbitkan buku-buku Avijit Roy, warga AS yang berasal dari Bangladesh yang telah dibunuh oleh militan Islam dengan cara sama pada Februari lalu. Arefin telah ditetak hingga mati dengan menggunakan senjata tajam di pejabatnya di tingkat dua di pasar sesak di ibu negara, menurut polis. Para militan menghalakan sasarannya kepada para penulis sekular di Bangladesh dalam beberapa tahun kebelakangan, ketika kerajaan bertindak ke atas kumpulan pejuang Islam yang ingin mengubah negara Asai Selatan itu yang mempunyai 160 juta penduduk menjadi negara berasaskan syariah.

Satu kumpulan pelampau Bangladesh yang dikaitkan dengan al-Qaeda berkata hari ini ia bertanggungjawab atas pembunuhan seorang penerbit sekular baru-baru ini.

“Kami, al-Qaeda di Benua Kecil India (AQIS), mendakwa bertanggungjawab atas operasi ini sebagai membalas dendam demi menghormati pesuruh Allah dan agama Islam,” menurut satu kenyataan yang dihantar daripada kumpulan bersekutu AQIS Ansar al-Islam kepada media.

Seorang wanita menjerit dengan slogan menentang serangan terhadap penulis dan penerbit sekular semasa protes di Dhaka hari ini. – AFP
Seorang wanita menjerit dengan slogan menentang serangan terhadap penulis dan penerbit sekular semasa protes di Dhaka hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA