Penerima gaji tertinggi Liga Perdana Inggeris

Penerima gaji tertinggi Liga Perdana Inggeris

LONDON, 11 Sept (Agensi) – Ketika gaji purata seorang pemain di Liga Perdana Inggeris (EPL) menjangkau 44,000 pound seminggu atau menyamai 2.29 juta paun setahun sudah dianggap tinggi, kelab-kelab gergasi Inggeris dipercayai membayar lebih daripada itu.

Di kalangan kelab-kelab kaya raya seperti Manchester City, Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool, jumlah yang dikeluarkan mereka jelas berada di liga tersendiri.

Kapten Man United, Wayne Rooney dijangka memperoleh 73 juta pound dengan kontraknya bersama kelab itu manakala lima pemain Man City antara pemain menerima gaji tertinggi di EPL.

Berikut senarai 10 pemain menerima gaji paling lumayan di liga elit Inggeris itu, ketika ini.

1. Wayne Rooney (Man Utd): 260,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

2. Sergio Aguero (Man City): 240,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

3. Yaya Toure (Man City): 240,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2013

4. Eden Hazard (Chelsea): 220,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2015

5. David Silva (Man City): 200,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

6. Mesut Ozil (Arsenal) Gaji: 190,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2013

7. Raheem Sterling (Man City) Gaji: 180,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2015

8. Cesc Fabregas (Chelsea) Gaji: 170,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

9. Kevin De Bruyne (Man City) : 170,000 pound seminggu – Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2015

10. John Terry (Chelsea): 160,000 pound seminggu – Kontrak setahun yang ditandatangani pada 2015

ARTIKEL YANG SAMA