Penerima Kurnia Peribadi KDYMM gembira, bersyukur

Penerima Kurnia Peribadi KDYMM gembira, bersyukur

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Terukir senyuman kegembiraan tanda syukur para penerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini, pagi ini.

Begitu juga penerima di majlis yang berlangsung serentak di keempat-empat daerah, pada pagi ini turut melahirkan rasa syukur terhadap sumbangan Kurnia Peribadi yang disampaikan kepada mereka.

Ketika ditemu bual Media Permata, Dayang Zainatul Aini binti Mustapa yang berasal dari Kampung Pengiran Setia Negara melahirkan rasa syukurnya yang tidak terhingga dengan kurnia peribadi KDYMM tersebut.

“Dengan adanya kurnia peribadi ini dapatlah mengurangkan bebanan perbelanjaan bagi membeli keperluan kanak-kanak sempena Hari Raya Aidilfitri nanti dan juga untuk kegunaan harian”, jelas ibu kepada enam orang anak itu. Dayang Hamjini binti Laut pula melahirkan rasa yang sama atas kurnia peribadi itu yang dapat membantu perbelanjaan keluarga beliau untuk membuat persiapan hari raya nanti.

“Saya, isteri dan anak-anak merasa bersyukur yang tidak terhingga atas kurnia yang dianugerahkan ini,” jelasnya lagi yang tinggal di Kampung Manggis.

Dayang Hamjini merasa bersyukur dan gembira kerana dapat membantu sekeluarga mengurangkan bebanan melalui kurnia peribadi KDYMM itu.
Dayang Hamjini merasa bersyukur dan gembira kerana dapat membantu sekeluarga mengurangkan bebanan melalui kurnia peribadi KDYMM itu.
Awang Haslan berasa senang hati dan bersyukur terhadap pemedulian KDYMM terhadap rakyat.
Awang Haslan berasa senang hati dan bersyukur terhadap pemedulian KDYMM terhadap rakyat.

Salah seorang penerima yang berkerusi roda, Awang Haslan bin Matasan yang juga menerima kurnia tersebut bersama isteri dan anaknya, dengan senang hati, bersyukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang dikurniakan.

“Syukur Alhamdulillah atas pemedulian KDYMM ke atas rakyatnya dalam mengurangkan beban untuk perbelanjaan Hari Raya ini yang bukan sahaja untuk keperluan saya sendiri malah untuk anak-anak saya,” jelasnya.

Seorang surirumah tangga, Dayang Fauziah binti Nor Azman, 31 tahun, salah seorang penerima yang menerima kurnia peribadi KDYMM buat kali ketiga juga melahirkan rasa syukur beliau bagi mengurangkan beban suami dalam perbelanjaan persiapan keperluan Hari Raya nanti.

“Saya merasa bersyukur atas kurnia yang dianugerahkan oleh KDYMM ini dan rasa terima kasih saya tidak terhingga kehadapan majlis KDYMM,” jelas ibu kepada dua orang anak ini.

Dayang Fauziah, 31, dari Kg Belimbing Subok, merupakan penerima kali ketiga.
Dayang Fauziah, 31, dari Kg Belimbing Subok, merupakan penerima kali ketiga.
Dayang Naslailawati dari Kampung Lambak Kiri yang menerima kurnia khas bantuan orang-orang cacat Papda meluahkan rasa bersyukur atas kurnia peribadi KDYMM, dapat membantu meringankan perbelanjaan mereka di musim Hari Raya nanti.
Dayang Naslailawati dari Kampung Lambak Kiri yang menerima kurnia khas bantuan orang-orang cacat Papda meluahkan rasa bersyukur atas kurnia peribadi KDYMM, dapat membantu meringankan perbelanjaan mereka di musim Hari Raya nanti.

Salah seorang ahli PAPDA, Dayang Naslailawati binti Haji Abdul Ghani, 37 tahun juga melahirkan rasa syukurnya menerima kurnia khas bantuan orang-orang cacat tersebut.

“Dapat jua membeli keperluan untuk Hari Raya Aidilfitri. Syukur Alhamdulillah, dengan adanya kurnia ini juga dapatlah membeli keperluan yang kurang dan membantu mengurangkan beban kami sekeluarga,” jelasnya lagi.

Kesemua penerima menjunjung kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kehadapan majlis KDYMM atas kurniaan peribadi Baginda Sultan serta mendoakan agar KDYMM akan terus diberikan kesihatan yang baik dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA