Penerjun maut payung tidak terbuka

Penerjun maut payung tidak terbuka

SAN FRANCISCO, 8 Ogos – Ibu kepada seorang lelaki berusia 18 tahun yang merupakan salah seorang daripada dua penerjun udara yang terbunuh apabila terjatuh ke ladang anggur utara California berkata anak lelakinya sedang melompat untuk kali pertama.

Francine Salazar memberitahu akhbar semalam beliau menemani anak lelakinya Tyler Turner ke Pusat Payung Terjun Lodi apabila beliau dan beberapa kawannya meraikan hari jadi.

“Sebelum dia menaiki kapal terbang, dia melutut dan berdoa, dan berpusing dan memberikan saya satu pelukan besar,” beritahu Salazar kepada Merced Sun-Star. “Dia berkata, ‘Saya sayang kamu, bu,’ dan seterusnya dia menaiki kapal terbang.”

Beliau berkata beliau tidak melihat anak lelakinya datang bersama pengajarnya kerana beliau tidak dapat memberitahu di mana mereka dan tidak tahu warna payung terjun mereka.

Payung terjun tidak terbuka, dan kedua-duanya terjatuh ke tanah, kata pihak berkuasa.

Pegawai syerif Daerah San Joaquin belum mengenalpasti pengajar yang terbunuh pada Sabtu di Lodi, 85 batu dari timur San Francisco. Bill Dause, pemilik Pusat Payung Terjun, berkata beliau adalah seorang veteran yang mencatat kira-kira 700 lompatan sebelumnya.

Salazar berkata beliau membayar untuk merakam video lompatan anak lelakinya.

Bagaimanapun, penyiasat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengambil pita dan kesemua peralatan yang digunakan dalam lompatan untuk memastikan apa yang berlaku. – AP