Pengabaian keselamatan punca tanah runtuh China

Pengabaian keselamatan punca tanah runtuh China

SHANGHAI, 27 Dis – Satu runtuhan tanah di selatan China yang membunuh dua orang dan meninggalkan lebih daripada 70 orang hilang adalah berpunca daripada pencabulan peraturan keselamatan pembinaan dan bukan saty bencana semula jadi, satu laman web kerajaan memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata.

Satu siasatan oleh sekumpulan pegawai di Shenzhen yang diarahkan oleh kabinet China mendapati bencana pada 20 Disember adalah berpunca daripada bahan pembuangan pembinaan di tapak pembuangan dan bukannya pergerakan geologi semula jadi, kata satu kenyataan yang disiarkan di laman web kabinet pada lewat Jumaat.

“Mereka yang bertanggungjawab akan dihukum mengikut undang-undang,” kata kenyataan.

Bencana buatan manusia itu, yang menimbus 33 bangunan di sebuah taman perindustrian, telah menimbulkan persoalan mengenai standard keselamatan industri China dan kekurangan wawasan telah membawa kepada kemalangan teruk, satu hasil sampingan pertumbuhan pesat negara. Di taman perindustrian Shenzhen, masih timbul beberapa risiko berlakunya lebih banyak runtuhan tanah di tiga tempat berasingan dan profesional telah dibawa masuk untuk mengatasi isu berkenaan, agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai Shenzhen sebagai berkata pada Jumaat. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA