Pengadil bola sepak berhari raya

Pengadil bola sepak berhari raya

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Majlis Berdudun Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darussalam membawa sinar kemeriahan buat para ahlinya selepas mereka berkumpul beramai-ramai meraikannya di hari-hari terakhir Syawal, kelmarin.

Berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, majlis tahunan itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti berbalas pantun, menapih sinjang, nama bertuah dan persembahan nyanyian karaoke.

Majlis yang juga bertujuan bagi mengeratkan lagi ikatan tali silaturahim dalam kalangan ahli dan keluarga mereka itu menyaksikan pelbagai hidangan telah disajikan berserta kuih-muih tempatan seperti makanan kinkin, kuih sapit dan jala. Hadir sama ialah EXCO Pengadil NFABD, Awang Abdul Halim bin Haji Metussin, Ketua Jabatan Pengadil NFABD, Awang Tamat bin Haji Budin dan Yang Dipertua Persatuan berkenaan, Awang Zulkifle bin Haji Duraman.

Para ahli Persatuan Pengadil NBD sempat berkumpul beramai-ramai meraikan Hari Raya Aidilfitri 1436H bersama-sama di hari terakhir Syawal.
Para ahli Persatuan Pengadil NBD sempat berkumpul beramai-ramai meraikan Hari Raya Aidilfitri 1436H bersama-sama di hari terakhir Syawal.

Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Zulkiflee telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Lebaran kepada semua ahli persatuan dan ahli keluarga mereka dan berharap mereka akan dapat berkumpul semula di Syawal tahun depan.

ARTIKEL YANG SAMA