Pengadil bola sepak menjadi sasaran bom

Pengadil bola sepak menjadi sasaran bom

NICOSIA, 28 Sept – Sebuah kereta milik seorang pengadil bola sepak Cyprus rosak teruk dalam satu letupan bom, serangan terbaru menyasarkan pihak berkuasa sukan, kata polis semalam.

Pengadil divisyen pertama, George Nicolaou, 41, bagaimanapun tidak cedera selepas letupan awal pagi di luar rumahnya di Zakaki berhampiran bandar tepi pantai Larnaca.

Namun Charalambos Skapoullis, ketua Persatuan Pengadil Cyprus, memberitahu stesen radio tempatan, Nicolaou “terkejut dan tergamam” dengan insiden itu.

“Ini tidak boleh diterima. Pengadil tidak terbabit dalam mana-mana perlawanan yang mencetuskan sebarang reaksi daripada pasukan atau peminat, justeru serangan ini menjadi tanda tanya,” katanya.

Dua kali dalam jangka dua tahun para pengadil di timur pulau Mediterranean telah mengadakan tunjuk perasaan disebabkan beberapa serangan.

Pertubuhan Bola Sepak Cyprus (CFA) berkata taktik seumpama itu membahayakan bola sepak kami, dan juga masyarakat secara amnya.”

Dalam Januari 2015 CFA menangguhkan semua jadual perlawanan dalam masa seminggu apabila pegawai perlawanan mengadakan tunjuk perasaan berikutan pengeboman di luar rumah seorang ibu pengadil.

Dan dalam Mac 2014, para pengadil sekali lagi mengadakan perkara seumpama selepas sebutir bom dipasang di bawah kereta pengadil ternama Leontios Trattos.

Peniup Wisel Marios Panayi tahun lepas mendakwa bahawa beberapa rakan pengadilnya memutuskan keputusan perlawanan dengan membuat keputusan tidak betul yang diarahkan oleh para pegawai kanan bola sepak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA