Pengadil Brunei berlepas ke Vietnam

Pengadil Brunei berlepas ke Vietnam

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Pengadil FIFA Negara Brunei Darussalam, Awang Hadimin bin Shahbudin berlepas ke Vietnam hari ini untuk bertugas dalam Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Bawah 21 Tahun Akhbar Thanhnien Ke-9.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City ini bermula esok (20 November) dan berakhir pada 29 November nanti disertai oleh enam pasukan yang dibahagikan kepada kumpulan, A dan B, dengan setiap kumpulan masing-masing mengandungi tiga pasukan.

Berentap dalam Kumpulan A ialah Vietnam B-21, Singapura B-21 dan Thailand B-21. Sementara Hoang Anh Gia Lai (Vietnam) B-21, Myanmar B-21 dan Korea Selatan B-21 akan bersaing dalam Kumpulan B.

Awang Hadimin yang diperakui sebagai Pengadil Nombor 1 Brunei Darussalam baru sahaja kembali dari bertugas dalam perlawanan Kelayakan Zon Asia, Piala Dunia FIFA Rusia 2018 antara Timor Leste dengan Arab Saudi di Dili, Timor Leste pada 17 November yang lalu.

Awang Hadimin berlepas ke Vietnam untuk bertugas dalam Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Bawah 21 Tahun Akhbar Thanhnien Ke-9.
Awang Hadimin berlepas ke Vietnam untuk bertugas dalam Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Bawah 21 Tahun Akhbar Thanhnien Ke-9.

ARTIKEL YANG SAMA