Pengadil Brunei diberi kepercayaan

Pengadil Brunei diberi kepercayaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Pengadil bola sepak Negara Brunei Darussalam terus mendapat kepercayaan apabila tahun ini dijemput untuk mengadili kejohanan Trofi Juara-Juara B-18 FAM-FRENZ Asia.

Mereka ialah Pengiran Azman bin Pengiran Haji Badaruddin, Ali Faisal bin Rosli dan Noorizam bin Zakaria. Mereka bertiga telah ditugaskan untuk mengadili perlawanan Kumpulan A di antara Felda United FC (Malaysia) dengan AIFF India yang akan berlangsung petang ini di Stadium Hang Tuah, Melaka, Malaysia.

Kumpulan A turut menempatkan Frenz United A (Malaysia) dan Chonburi FC (Thailand), yang turut berlawan antara satu sama lain malam ini. Ketiga-tiga mereka telah berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia pagi kelmarin.

Hadir mengucapkan selamat berlepas kepada mereka bertiga ialah Timbalan Setiausaha Persatuan Pengadil Bola Sepak Negara Brunei Darussalam, Mohd Yusof Zaki bin Haji Seruddin.

Tahun lalu, pengadil negara ini turut mengadili perlawanan Trofi Juara-Juara B-16 FAM-FRENZ Asia dari peringkat kumpulan sehinggalah perlawanan penentuan tempat ketiga. – Hasrulraizan

 (Dari kanan) Ali Faisal, Pengiran Azman, Mohd Yusof Zaki dan Noorizam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kelmarin.
(Dari kanan) Ali Faisal, Pengiran Azman, Mohd Yusof Zaki dan Noorizam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kelmarin.