Pengadil Brunei kendali aksi B-19 AFF

Pengadil Brunei kendali aksi B-19 AFF

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Dua orang pengadil Negara Brunei Darussalam akan mengendalikan beberapa perlawanan dalam Kejohanan Belia B-19 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2015 di Laos yang bermula dari 22 Ogos hingga 4 September ini.

Pengadil FIFA Hadimin bin Shahbuddin dan pembantu pengadil FIFA, Md Nor Khairi bin Haji Hussin telah berlepas ke Republik Rakyat Lao kelmarin.

Hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat jalan kepada mereka berdua ialah Timbalan Presiden NFABD, Pehin Datu Inderasugara Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mohammad Yusof bin Abu Bakar, Setiausaha Agung NFABD, Haji Muhammad Zamri bin Dato Paduka Haji Hamdani dan EXCO NFABD, Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim.

Hadimin (kanan) dan Md Nor Khairi akan bertugas mengadili beberapa perlawanan dalam Kejohanan Belia B-19 AFF di Republik Rakyat Laos.
Hadimin (kanan) dan Md Nor Khairi akan bertugas mengadili beberapa perlawanan dalam Kejohanan Belia B-19 AFF di Republik Rakyat Laos.

ARTIKEL YANG SAMA