Pengadil futsal Brunei bertugas di Kejohanan Kelab Futsal AFF Bangkok

Pengadil futsal Brunei bertugas di Kejohanan Kelab Futsal AFF Bangkok

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Jika sebelum ini pengadil bola sepak Negara Brunei Darussalam sering dijemput bertugas dalam perlawanan-perlawanan bola sepak peringkat serantau dan antarabangsa dan kini giliran pengadil futsal negara pula turut menerima jemputan yang sama.

Ketika ini seorang pengadil futsal negara berada di Bangkok, Thailand kerana menjalankan tugas mengadili perlawanan-perlawanan dalam Kejohanan Kelab Futsal AFF Bangkok 2015.

Pada malam 27 November yang lalu, Pengadil Futsal Brunei Darussalam, Awang Sukry bin Haji Matassim telah menjadi pengadil kedua dalam perlawanan di antara Thaiport (Thailand) dan Felda United (Malaysia).

Awang Sukry (dua dari kanan) ketika bertugas dalam perlawanan antara Thaiport dengan Felda United dalam Kejohanan Kelab Futsal AFF Bangkok 2015.
Awang Sukry (dua dari kanan) ketika bertugas dalam perlawanan antara Thaiport dengan Felda United dalam Kejohanan Kelab Futsal AFF Bangkok 2015.

Dalam perlawanan berkenaan, beliau telah bertugas bersama dengan pengadil pertama, Sopheak dari Laos, pengadil ketiga dari Myanmar, Tiha Kyaw dan pengadil teknikal dari Malaysia, Mohd Kamir Yusof.

Perlawanan sengit itu berkesudahan 2-1 yang memihak kepada Thaiport.

ARTIKEL YANG SAMA