Pengadil maut selepas dihantuk

Pengadil maut selepas dihantuk

PACHUCA, Mexico, 9 Nov – Seorang pengadil berusia 55 tahun mati selepas seorang pemain yang dalam keadaan marah menghantuknya setelah diberikan faul ketika perlawanan amatur bola sepak di tengah Mexico, menurut pihak berkuasa hari ini.

Pejabat pendakwa raya di negeri Hidalgo masih mencari pemain itu, dua hari selepas insiden hari Ahad itu di perkampungan Santiago Tulantepec.

Pemain tersebut menghantuk pengadil itu selepas dia diberikan faul. Penyerang itu melarikan diri selepas pergaduhan tercetus di antara kedua-dua pasukan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA