Pengadil negara berlepas ke Thailand

Pengadil negara berlepas ke Thailand

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Pengadil nombor 1 Negara Brunei Darussalam yang bertaraf FIFA iaitu Awang Hadimin bin Shahbudin terus mendapat kepercayaan AFC untuk bertugas dalam kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa apabila kali ini dilantik AFC bertugas dalam perlawanan akhir Toyota Mekong Club Championship 2015 di Thailand.

Perlawanan akhir berkenaan mempertemukan Buriram United dari Thailand dan Beoung Ket Angkor FC dari Kemboja yang mengambil tempat di Supachalasai National Stadium Bangkok, Thailand malam ini, Ahad, 20 Disember.

Semasa di Thailand beliau turut menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan di Golden Tulip Sovereign Hotel, Bangkok dan menyertai sesi pemanasan badan serta suai kenal padang perlawanan bersama dengan rakan-rakan setugasnya dari negara lain yang turut dilantik AFC bagi final berkenaan.

Awang Hadimin ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas menuju Bangkok, Thailand.
Awang Hadimin ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas menuju Bangkok, Thailand.

Pada bulan lalu, Awang Hadimin telah turut dilantik AFC untuk bertugas dalam The 9th International Thanhnien Newspaper Under 21 Football Tournament (Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Bawah 21 Tahun Akhbar Thanhnien Kali Ke-9).

Kejohanan dari 20 November hingga 29 November lalu berkenaan telah mengambil tempat di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City, Vietnam.

Awang Hadimin juga telah turut bertugas dalam perlawanan Kelayakan Zon Asia, Piala Dunia FIFA Rusia 2018 antara Timor Leste dengan Arab Saudi di Dili,Timor Leste sebelum itu pada 17 November 2015 lalu.

ARTIKEL YANG SAMA