Pengagihan barang pakaian PESATU

Pengagihan barang pakaian PESATU

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Julai – Bersempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, Persatuan Saudara-saudara Baru Daerah Tutong (PESATU), baru-baru ini, mengagihkan barang pakaian kepada ibu tunggal, anak-anak yatim dan saudara-saudara baru di Dewan PESATU, Kampung Lubok Pulau, Tutong.

Hadir pada acara tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking bersama isteri.

Majlis pengagihan barang-barang pakaian tersebut merupakan salah satu Projek Ehsan Ramadan hasil kelolaan PESATU yang bertujuan bagi membantu serta meringankan beban saudara-saudara baru yang kurang berkemampuan, terdiri daripada ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap, anak-anak yatim dan keluarga yang tidak berkemampuan agar dapat merasakan nikmatnya menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dengan adanya sumba-ngan itu, Jawatankuasa PESATU berharap saudara-saudara baru tidak akan merasa tersisih daripada masyarakat terutama dalam menyambut hari lebaran yang akan datang ini.

Semasa majlis pengagihan barang pakaian di Dewan PESATU, Kg Lubok Pulau yang diadakan baru-baru ini.
Semasa majlis pengagihan barang pakaian di Dewan PESATU, Kg Lubok Pulau yang diadakan baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA