Pengagihan bendera kecil semai patriotisme para pelajar

Pengagihan bendera kecil semai patriotisme para pelajar

Oleh Hajah Saemah Kepli,

Yusrin Junaidi, Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 Tahun 2016, ‘Generasi Berwawasan’ membawa maksud untuk mengajak semua rakyat terutama golongan belia serta para pelajar untuk terus mengorak langkah dan terus bersedia berbakti kepada negara ke arah pencapaian matlamat Wawasan Negara 2035.

Bendera adalah lambang, dan identiti bangsa Brunei yang perlu dijaga kedaulatannya, oleh yang demikian bendera Negara Brunei Darussalam sangat tinggi nilainya di segi agama, bangsa dan negara.

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara bersabda, selaku rakyat dan penduduk di negara ini, termasuk pelajar-pelajar, adalah sewajarnya merasa bangga dengan kewujudan bendera kita yang mempunyai ciri-ciri khas yang unik dan luar biasa.

Ke arah itu, sabda Yang Amat Mulia lagi, kita juga perlu mencari jalan dan berusaha ke arah memastikan bendera negara akan sentiasa dijaga kedaulatannya, dihormati dan dikibarkan pada masa-masa yang ditentukan agar dikenali oleh dunia selaras dengan wawasan negara.

“Selain itu, dengan tanggungjawab usaha ke arah mempertingkatkan kesedaran masyarakat untuk mengibarkan bendera bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, strategi yang lebih berkesan juga perlu difikirkan dengan bijak dan lebih inovatif selaras dengan perkembangan dunia, info komunikasi yang canggih masa kini, umpamanya penggunaan kaedah-kaedah laman web, media sosial, untuk memberigakan bendera-bendera yang sudah setentunya bukan hanya dapat dilihat dan dibaca oleh orang Brunei malah masyarakat dunia juga akan mengenali negara ini melalui bendera kita.”

YANG Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara bersabda menyeru golongan muda menghormati bendera negara sekali gus menerapkan kebanggaan mereka terhadap lambang kemegahan negara itu.  - Gambar oleh Hajah Saemah Zulkefli.
YANG Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara bersabda menyeru golongan muda menghormati bendera negara sekali gus menerapkan kebanggaan mereka terhadap lambang kemegahan negara itu. – Gambar oleh Hajah Saemah Zulkefli.
Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz ketika menyerahkan bendera kecil kepada wakil pelajar.
Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz ketika menyerahkan bendera kecil kepada wakil pelajar.
Yang Amat Mulia meninjau aktiviti-aktiviti pelajar sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 yang diadakan di kelas-kelas.
Yang Amat Mulia meninjau aktiviti-aktiviti pelajar sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 yang diadakan di kelas-kelas.
Yang Amat Mulia ketika berkesudian bergambar ramai bersama para jemputan khas lainnya serta guru-guru dan para pelajar di penghujung Majlis Pengagihan Bendera Kecil kelmarin.
Yang Amat Mulia ketika berkesudian bergambar ramai bersama para jemputan khas lainnya serta guru-guru dan para pelajar di penghujung Majlis Pengagihan Bendera Kecil kelmarin.
Antara yang turut hadir dalam kalangan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan, serta wakil-wakil Kementerian Pendidikan dan lainnya.
Antara yang turut hadir dalam kalangan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan, serta wakil-wakil Kementerian Pendidikan dan lainnya.
Pengibaran bendera semasa persembahan ‘Lagu Kibarkan Bendera’ melibatkan semua yang hadir termasuk para pelajar.
Pengibaran bendera semasa persembahan ‘Lagu Kibarkan Bendera’ melibatkan semua yang hadir termasuk para pelajar.
Kumpulan Koir Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar semasa menyanyikan ‘Lagu Kibarkan Bendera’.
Kumpulan Koir Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar semasa menyanyikan ‘Lagu Kibarkan Bendera’.

Yang Amat Mulia bersabda sedemikian semasa berangkat selaku tetamu kehormat Majlis Pengagihan Bendera Kecil (Meja) bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah, Menengah dan Sekolah Arab serta Ugama Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun bagi Daerah Belait yang berlangsung di Dewan Serba guna Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Menurunkan/Menaikkan Bendera Besar dan Pengagihan Bendera Kecil Meja.

Majlis pengagihan bendera kecil di keempat-empat daerah anjuran Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan ini merupakan salah satu usaha untuk menyemai kecintaan dan patriotisme dalam jati diri belia dari akar umbi di samping sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32.

Di Daerah Belait sebanyak 1,000 bendera kecil (meja) diagih-agihkan kepada wakil sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan, sekolah swasta, sekolah Arab dan ugama serta wakil-wakil penuntut Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Selepas majlis pengagihan itu, Yang Amat Mulia turut berangkat menyaksikan aktiviti-aktiviti sekolah sempena Sambutan Hari Kebangsaan dengan meninjau ke beberapa buah kelas di sekolah berkenaan.

Sementara itu, di Daerah Brunei dan Muara, tumpuan majlis seumpamanya adalah di Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), di sini, di mana sejumlah 700 bendera kecil diagih-agihkan kepada para pelajar oleh tetamu kehormat dan para tetamu khas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Datin Paduka Dr. Hajah Norlila selaku tetamu kehormat majlis pengagihan bendera kecil di SMALHB.
Datin Paduka Dr. Hajah Norlila selaku tetamu kehormat majlis pengagihan bendera kecil di SMALHB.
Datin Paduka Dr. Hajah Norlila bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan SMALHB.
Datin Paduka Dr. Hajah Norlila bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan SMALHB.
Sebanyak 700 bendera kecil telah diagihkan kepada para pelajar dari sekolah-sekolah jemputan.
Sebanyak 700 bendera kecil telah diagihkan kepada para pelajar dari sekolah-sekolah jemputan.

Pengetua Sekolah SMALHB, Dayang Norjainah binti Haji Buntar selaku pengerusi bersama majlis semasa menyampaikan ucapan alu-aluan berkata bendera-bendera kecil (meja) berkenaan juga diagihkan kepada pelajar-pelajar dari sekolah yang dijemput, iaitu Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna.

Selepas majlis pengagihan itu, tetamu kehormat turut membuat lawatan ke galeri dan kelas-kelas di sekolah berkenaan.

Manakala itu, di Daerah Tutong, majlis berlangsung di Sekolah Persatuan Tanjong Maya (PERTAMA) dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Murid-murid Sekolah PERTAMA, Tutong, semasa membuat persembahan ‘Lagu Kibarkan Bendera’.
Murid-murid Sekolah PERTAMA, Tutong, semasa membuat persembahan ‘Lagu Kibarkan Bendera’.

Turut hadir bagi mengagihkan bendera-bendera kecil ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam dan ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking.

Juga hadir ialah para pegawai kanan dan wakil-wakil dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sebanyak 500 bendera kecil telah diagih-agihkan kepada murid-murid pada majlis berkenaan.

Majlis turut diakhiri dengan lawatan tetamu kehormat dan para tetamu ke galeri dan kelas-kelas sekolah berkenaan.

Majlis pengagihan di daerah-daerah telah didahului dengan upacara menaikkan bendera kebangsaan dengan diiringi nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Dalam menunjukkan semangat patriotik, majlis-majlis juga diserikan nyanyian lagu patriotik dan persembahan puisi dan syair oleh para pelajar sekolah di mana majlis berlangsung.

ARTIKEL YANG SAMA