Pengagihan pek CE ALAF bermula

Pengagihan pek CE ALAF bermula

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Kira-kira 5,000 orang telah mendaftar untuk menyertai Ekspedisi Amal BIBD ALAF 2015 (CE ALAF) yang akan bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 25 Oktober 2015.

Sehubungan itu, pihak penganjur hari ini mula membukakan kaunter pengagihan pek perlumbaan dengan para peserta yang berdaftar akan mendapat kemeja T CE ALAF yang terhad, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Turut diadakan pada sebelah petang adalah tunjuk cara menyesuaikan diri dengan basikal, cara tunggangan selamat serta pakaian dan kelengkapan sesuai untuk jenis basikal yang ditunggang.

Tinjauan Media Permata di kaunter pengagihan pek perlumbaan pada sebelah petang mendapati penyelenggaraan pengagihan pek yang dikendalikan lebih 20 orang kakitangan BIBD serta 700 sukarelawan dari institusi pengajian tinggi berjalan lancar.

Ketika ditanya mengenai persiapan hari ini, Timbalan Ketua Bahagian Perbankan Pelanggan selaku Ketua Bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat BIBD, Dayang Nurul Akmar binti Jaafar berkata, walaupun hari pertama pengambilan pek perlumbaan, jumlah orang ramai yang datang sungguh menggalakkan.

Nurul Akmar (berdiri kedua dari kiri) bersama kakitangan yang sibuk mengendalikan pengagihan perk perlumbaan.
Nurul Akmar (berdiri kedua dari kiri) bersama kakitangan yang sibuk mengendalikan pengagihan perk perlumbaan.

pg04_151017_d

Ahli-ahli Kelab Basikal Tutong dengan pameran basikal lasak mereka.
Ahli-ahli Kelab Basikal Tutong dengan pameran basikal lasak mereka.

Menurutnya, dari segi peratusan, jumlah mereka yang mengambil pek perlumbaan masing-masing mengikut kategori pada hari ini ialah bagi Kategori 10 Kilometer Lelaki Brunei sebanyak 9.23 peratus, 10 Kilometer Lelaki Terbuka sebanyak 10.99 peratus, 10 Kilometer Wanita Brunei sebanyak 7.91 peratus, 10 Kilometer Wanita Terbuka sebanyak 10.20 peratus.

Sementara itu, bagi Kategori 3 Kilometer Fun Run, peratus yang sudah mengambil pek perlumbaan ialah 14.65 peratus, 11.63 peratus bagi 5 Kilometer Lelaki Terbuka, 10.78 peratus bagi 5 Kilometer Wanita Terbuka, 12.82 peratus bagi Ekspedisi Berbasikal, 10.71 peratus bagi Separa Maraton Lelaki Brunei, 8.33 peratus bagi Separa Maraton Lelaki Terbuka, 11.54 peratus bagi Separa Maraton Wanita Brunei dan sebanyak 13.04 peratus bagi Separa Maraton Wanita Terbuka.

Beliau menjelaskan, oleh sebab jumlah mereka yang datang di luar jangkaan, pihaknya terpaksa mengubah strategi bagi melancarkan penyelenggaraan dan beliau percaya dalam tempoh beberapa hari ini, pihaknya membuka 12 kaunter kutipan pek perlumbaan.

Pengacara Klinik Basikal menunjukkan cara mengukur saiz badan dengan rangka basikal untuk tunggangan maksimum.
Pengacara Klinik Basikal menunjukkan cara mengukur saiz badan dengan rangka basikal untuk tunggangan maksimum.
Siti Zaleha binti Kaprawi dari gerai Raw Food Asia (kiri) menunjukkan cara membuat minuman kesihatan daripada pegaga dan epal hijau.
Siti Zaleha binti Kaprawi dari gerai Raw Food Asia (kiri) menunjukkan cara membuat minuman kesihatan daripada pegaga dan epal hijau.

“Mudah-mudahan dengan aktiviti sampingan seperti gerai minuman sihat daripada Raw Food Asia, pembuat pakaian rekreasi Aewon, gerai peralatan sukan serta penyertaan beberapa buah syarikat basikal yang memberi khidmat nasihat serta penjualan aksesori basikal, kami harap akan dapat memberi nilai tambah kepada para peserta yang datang,” katanya.

Tinjauan Media Permata turut menyaksikan pameran basikal jalanan, enduro dan basikal lasak (mountain bike), yang disertai beberapa syarikat penjual basikal dan kelab basikal antaranya, Kelab Basikal Tutong yang menayangkan aktiviti basikal lasak yang dianjurkan serta mempamerkan jenis basikal lasak, aksesori serta menawarkan nasihat.

Selain itu, turut menyertai pameran ialah Syarikat Awang Tum Tum dari Jerudong dengan mempamerkan basikal lumba dan basikal lasak, Kelab Lumba Basikal BIBD, Group G530 dan Kedayan Cycling Team.

ARTIKEL YANG SAMA