Pengajaran dengan kaedah pembelajaran menarik

Pengajaran dengan kaedah pembelajaran menarik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Lebih 30 orang guru-guru dari sekolah-sekolah rendah Kluster 1 telah menyertai Bengkel ‘Kepelbagaian Projek Prasekolah’ yang berlangsung di Bilik Taklimat 1, Sekolah Rendah Katok A, baru-baru ini.

Bengkel anjuran Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Unit Pendidikan, Kementerian Pendidikan itu adalah bertujuan untuk mencipta bahan-bahan pembelajaran dengan cara yang unik dan lebih menarik bagi para pelajar di samping meningkatkan lagi minat mereka dalam bidang akademik.

Sepanjang bengkel itu, para peserta dari setiap sekolah telah diberikan pendedahan kepada pelbagai projek prasekolah yang boleh membantu perkembangan pembelajaran kanak-kanak menerusi projek pembentangan lagu-lagu kanak-kanak dan ruangan mari bercerita.

Lebih 30 guru menyertai Bengkel ‘Kepelbagaian Projek Prasekolah’.
Lebih 30 guru menyertai Bengkel ‘Kepelbagaian Projek Prasekolah’.

ARTIKEL YANG SAMA