Pengakap negara sertai Jambori di Singapura

Pengakap negara sertai Jambori di Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Seramai tiga pemimpin pengakap dan 10 orang ahli pengakap muda serta pengakap remaja daripada Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah menyertai Jambori Antarabangsa Pengakap Singapura 2015 selama enam hari bermula hari ini.

Jambori yang akan diadakan di pelbagai lokasi tapak perkhemahan seperti di Kem Pengakap Sarimbun, MOE Jalan Bathera Camp and Camp Christine, Singapura, itu dijangkakan akan disertai lebih 3,000 peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Pelbagai kegiatan bercorak kemahiran dan cabaran telah dirancang untuk mencabar daya tahan fizikal dan para peserta yang menyertainya.

Terdahulu, Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 13 November lalu di ruang legar Ibu Pejabat PPNBD, yang disampaikan oleh tetamu kehormat Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

Haji Awang Badar ketika menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Ketua Kontinjen, Awang Moksin bin Haji Umar.
Haji Awang Badar ketika menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Ketua Kontinjen, Awang Moksin bin Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA