Pengakuan mencederakan ditolak

Pengakuan mencederakan ditolak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Mahkamah Majistret, hari ini, telah menolak pengakuan bersalah seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun atas dakwaan mencederakan seorang gadis pada 18 Disember.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menolak pengakuan Hong Kong Hock apabila dia memberitahu mahkamah bahawa perbuatannya itu adalah secara ‘tidak sengaja’.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan kepada mangsa berusia 19 tahun itu dengan memukul bahagian kiri kepalanya menggunakan sepana jek kereta di sebuah rumah di Kampung Bengkurong kira-kira jam 12:50 tengah hari.

pg06_160101_mahkamah logo2

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun dan sebatan.

Majistret Pengiran Shahyzul menetapkan 14 Januari 2016 untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aiman Adri bin Ahmad Zakaria.

ARTIKEL YANG SAMA