Pengalaman berpuasa di Markas Pulau Baru-Baru

Pengalaman berpuasa di Markas Pulau Baru-Baru

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kedatangan bulan Ramadan yang menuntut umat Islam untuk menjalani ibadah puasa pada siang hari tidak menjadi penghalang kepada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di Markas Pulau Baru-Baru bagi menjalankan tugas rutin mereka dengan penuh dedikasi.

Mereka tetap menjalankan rutin tugas di pulau berkenaan walaupun ketika berada di dalam bulan Ramadan di mana umat Islam diwajibkan untuk berpuasa kerana ia adalah tugas dan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

“Pelbagai aktiviti rondaan darat dan juga sungai serta pos pemerhati yang dilakukan setiap hari di mana terdapat perbezaan pada aktiviti yang mereka lakukan sewaktu berada dalam bulan Ramadan berbanding dengan hari-hari biasa,” jelas Soldadu Abdul Jalilul Akbar bin Harinawati yang bertugas di Markas Pulau Baru-Baru.

“Misi kami di sini adalah untuk menunjukkan mengenai kehadiran sebagai platun yang bersiap sedia di Pulau Baru-Baru bagi menangani keperluan keselamatan kebangsaan untuk meningkatkan keselamatan serta bekerjasama dengan membantu agensi-agensi kerajaan lain,” jelas Ketua Platun yang bertugas di Markas Pulau Baru-Baru, Leftenan Abdul Aziz bin Abdul Latif.

Wartawan dari Media Permata, baru-baru ini telah diberikan peluang oleh Kementerian Pertahanan untuk melihat secara lebih dekat dan merasa sendiri suasana berpuasa bersama anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menjalankan tugas mereka di sebuah pulau.

Aktiviti rondaan juga dijalankan setiap hari di sepanjang bulan Ramadan ini demi mencegah sebarang kegiatan yang tidak diingini.
Aktiviti rondaan juga dijalankan setiap hari di sepanjang bulan Ramadan ini demi mencegah sebarang kegiatan yang tidak diingini.
Kelihatan dua orang anggota tentera di tengah-tengah hutan yang berbincang untuk mencari kawasan rondaan yang hendak dituju.
Kelihatan dua orang anggota tentera di tengah-tengah hutan yang berbincang untuk mencari kawasan rondaan yang hendak dituju.

M08-3_20160705 M08-4_20160705

Rondaan yang dibuat di sebuah bekas kilang arang di Pulau Baru-Baru.
Rondaan yang dibuat di sebuah bekas kilang arang di Pulau Baru-Baru.

M08-6_20160705 M08-7_20160705

Penulis juga tidak ketinggalan menunaikan solat fardu Zohor secara berjemaah bersama anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan.
Penulis juga tidak ketinggalan menunaikan solat fardu Zohor secara berjemaah bersama anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan.
Juadah berbuka puasa bagi anggota tentera yang bertugas di Markas Pulau Baru-Baru telah disediakan oleh anggota rumah masak.
Juadah berbuka puasa bagi anggota tentera yang bertugas di Markas Pulau Baru-Baru telah disediakan oleh anggota rumah masak.

M08-10_20160705

Walaupun hanya meluangkan masa untuk bermalam selama sehari, namun pengalaman untuk menyertai rondaan bersama anggota tentera merupakan sesuatu yang amat berharga.

Apa yang menariknya adalah apabila dalam kesibukan anggota tentera itu melaksanakan tugas, mereka tetap tidak ketinggalan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan di bulan puasa ini.

Korporal Nazirul bin Haji Asmat dari JAMAAT (Jabatan Agama ABDB yang bertugas untuk mengetuai ibadah yang dilakukan para anggota tentera yang bertugas di Markas Pulau Baru-Baru menjelaskan bahawa beliau telah ditugaskan untuk bertanggungjawab dalam hal ehwal keagamaan dalam kalangan anggota tentera.

“Antara aktiviti keagamaan yang kami jalankan bersama para anggota tentera di sini adalah solat fardu lima waktu secara berjemaah, solat sunat Tarawih secara berjemaah, mendengarkan ceramah dan bertadarus. Di samping itu juga kami turut mengadakan majlis khatam Al-Quran sempena dengan bulan Ramadan bersama dengan anggota-anggota yang bertugas di Pulau Baru-Baru ini,” jelas Korporal Nazirul.

“Selain itu, mereka juga tidak ketinggalan dalam mengadakan Qiamullail di hujung-hujung bulan Ramadan ini,” jelas beliau. Media Permata bersama barisan media yang lain turut berpeluang untuk menunaikan solat fardu Zohor secara berjemaah di Masjid Pulau Baru-Baru. Sebaik sahaja selesai berjemaah, satu sesi ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz dari JAMAAT juga turut diadakan.

Di samping aktiviti keagamaan, penulis juga dibawa meronda di sekitar kawasan darat di mana penulis telah merasakan sendiri cabaran-cabaran yang dihadapi di sepanjang perjalanan tersebut di mana banyak duri-duri, air yang bertakung, tanah yang licin dan jalan yang cukup berliku terpaksa ditempuhi oleh pasukan tentera.

Justeru, perkara itulah yang dihadapi oleh pasukan tentera pada setiap hari tidak kira pada bulan puasa atau pun hari biasa.

Menjelang waktu untuk berbuka puasa, penulis di bawa ke dewan markas berkenaan di mana ada disediakan makanan dan minuman untuk para anggota tentera nikmati semasa berbuka puasa kerana mereka mempunyai dapur dan juga anggota rumah masak yang menyediakan juadah berbuka puasa.

Selesai sahaja berbuka puasa dan menikmati jamuan, mereka terus pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Di samping itu, mereka juga tidak ketinggalan dalam mengadakan sembahyang sunat Tarawih secara berjemaah.

“Di sini kami dapat merasakan perasaan berjauhan daripada keluarga tidak kira bagi yang bujang ataupun yang berumahtangga. Bagi yang berkeluarga, sudah tentu tidak dapat merasakan masakan yang disediakan oleh keluarga namun yang baiknya di sini kami ada anggota rumah masak yang menyediakan makanan untuk dijadikan hidangan bersahur dan berbuka puasa,” menurut Soldadu Abdul Jalilul Akbar ketika menceritakan pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang bulan Ramadan di markas itu.

“Terdapat juga cabaran baru yang harus dihadapi semasa membuat rondaan di bulan puasa ini yang mana jika hari biasa sebaik selesai sahaja membuat rondaan kita dapat minum sambil berehat, namun di bulan Ramadan ini, sebagai orang Islam kami perlu menahan diri daripada makan dan minum sehinggalah masuknya waktu berbuka,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA