Pengalaman pahit buat Celtic

Pengalaman pahit buat Celtic

BARCELONA, 14 Sept – Brendan Rodgers mengakui Celtic perlu banyak belajar selepas dibenam 7-0 di tangan Barcelona dalam perlawanan pertama mereka bagi persaingan Liga Juara-Juara selepas tidak beraksi tiga tahun.

Lionel Messi menjaringkan hatrik, Luiz Suarez dua gol dan Neymar menambah sepakan percuma kepada empat asis ketika barisan depan “MSN” Barca menikmati penyatuan semula dalam pertemuan pertama mereka selama empat bulan.

“Secara profesionalnya ia tidak bagus apabila ini berlaku,” kata Rodgers selepas rekod Celtic di Eropah dikalahkan. “Anda cuba untuk mengekalkan barisan kukuh, tetapi bola bergerak seperti ia berada di atas gelanggang ais. Mereka bergerak pantas yang menambah kepada peringkat tinggi, keyakinan besar dan kepercayaan besar.

“Ini akan menjadi musim pembelajaran yang bijak bagi kami dalam Liga Juara-Juara. Tidak terdapat keadaan yang memalukan kerana mereka melakukannya untuk menjadi pasukan yang lebih baik berbanding kami.”

Kekalahan itu adalah pengalaman yang lebih suram bagi Celtic setelah membenam, Rangers 5-1 Sabtu lalu, dan Rodgers menyatakan kekurangan antara perlawanan menyumbang kepada pesta lima jaringan Barca terhadap Celtic yang berlaku selepas separuh masa pertama.

Reaksi Rodgers semasa pasukan menentang Barcelona di Cam Nou untuk aksi Liga Juara-Juara kelmarin. – AP
Reaksi Rodgers semasa pasukan menentang Barcelona di Cam Nou untuk aksi Liga Juara-Juara kelmarin. – AP

“Apabila anda tewas sebagai profesional dengan terlalu banyak gol, sukar untuk diterima tetapi pemain-pemain ini bijak sejak saya datang ke kelab.

“Untuk datang ke sini, mereka tidak dapat datang ke tempat yang lebih sukar dalam dunia bola sepak selepas perlawanan tegang pada hujung minggu.

“Untuk memiliki persediaan masa yang sedikit datang ke sini adalah tugasan yang sukar dan 15-20 minit terakhir adalah terlalu panjang.”

Rodgers memuji Suarez sebagai pemain penyerang terbaik dunia sebelum perlawanan yang dimiliki dua tahun bersama pemain dari Uruguay itu di Liverpool.

Suarez menjaringkan 31 gol ketika Rodgers hampir menamatkan kemarau dua dekad Liverpool tanpa gelaran Liga Perdana pada 2014, tetapi mengakui sukar untuk menerima kepantasannya. – AFP