Pengalaman pe...

Pengalaman pertama ke sekolah

10-tahunTUTONG, 4 Januari 2007 – Hari ini bermulanya persekolahan di seluruh negara dengan ibu bapa sibuk menghantar anak ke sekolah, baik ke sekolah menengah atau rendah.

Bagi murid Pra Sekolah, pengalaman masuk ke dalam kelas adalah sesuatu yang baru bagi mereka dengan bermacam-macam ragam dapat diperhatikan.

Ada di antara mereka terpaksa ditunggu oleh ibu bapa dengan sebahagiannya cuba dipujuk oleh para guru kerana menangis sebab tidak biasa ditinggalkan di sekolah.

Pemandangan ini telah dirakamkan di sebuah sekolah swasta di daerah ini.