Pengalaman pertama merasa Ambuyat

Pengalaman pertama merasa Ambuyat

Oleh HM Yusof

 

TOSHINORI KONO meluahkan rasa gembira dan beruntung kerana berkesempatan menikmati makanan tradisional Brunei, Ambuyat, yang disuapkan oleh ibu angkat beliau, Hajah Normah binti Mohammad Yassin, di satu acara meraikan sambutan Hari Raya Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

Toshinori bersama 14 pelajar lain dari Wakayama, Jepun adalah dalam rangka menyertai Inap Desayang di anjurkan oleh Persatuan Persahabatan Brunei Jepun (BJFA). Mereka akan berada di Brunei Darussalam selama enam hari dan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing.

pg10_150811_e

Program tahunan BJFA ini telah dianjurkan sejak tahun 2009 dengan matlamat untuk mengeratkan lagi tali persahabatan antara Brunei dengan Jepun, sambil bertukar-tukar pengalaman dalam kebudayaan, cara hidup harian dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA