Pengalaman Rasulullah satu iktibar

Pengalaman Rasulullah satu iktibar

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Warga kerja Kementerian Perhubungan dan jabatan di bawahnya diseru supaya mengambil iktibar daripada pengalaman yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengharungi kehidupan seharian dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan jujur.

Selain menjadi forum perkongsian maklumat keagamaan, sambutan itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama warga Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Seruan itu dibuat oleh Ketua Pos Agung, Jabatan Perkhidmatan Pos, Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim ketika berucap pada majlis Sambutan Israk Mikraj Kementerian Perhubungan yang diadakan di Dewan Amar Pahlawan Kementerian Perhubungan hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Tetamu kehormat (ketiga dari kiri) duduk bersama Awang Haji Mohamad Manan di majlis sambutan Israk Mikraj Kementerian Perhubungan.
Tetamu kehormat (ketiga dari kiri) duduk bersama Awang Haji Mohamad Manan di majlis sambutan Israk Mikraj Kementerian Perhubungan.

Hadir sama di majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Yang Mulia Awang Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, pengarah bahagian, ketua dan timbalan ketua jabatan, pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan di bawahnya.

Aturcara majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh peserta peringkat akhir Majlis Musabaqah Al-Quran 2015, Yang Mulia Pengiran Muhd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki.

Majllis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Penceramah dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mail bin Haji Besar yang membawa tajuk Sembahyang Penyelamat Kita.

ARTIKEL YANG SAMA