Pengalaman taruhan Joker

Pengalaman taruhan Joker

LONDON, 9 Julai (AFP) – Juara bertahan, Novak Djokovic berkata pengalaman tambahan tentang Wimbledon terbukti amat apabila berhadapan Richard Gasquet dalam separuh akhir nanti.

Pemain nombor satu dunia itu menempah penampilan separuh akhir ke-27 Grand Slam dan keenam berturut-turut di All England Club dengan membelasah juara Terbuka AS Marin Cilic 6-4, 6-4, 6-4 semalam.

Pemain berusia 28 tahun itu akan membuat penampilan ketujuh Wimbledon, manakala pilihan ke-21 Perancis itu kali kedua berjaya ke separuh akhir All England selepas menang mengejut ke atas pilihan keempat Stan Wawrinka.

Gasquet juga telah muncul sekali dalam separuh akhir Terbuka AS, tetapi tidak pernah sampai ke final kejohanan utama dan Djokovic yakin dengan pengetahuan permainan besar amat penting di Centre Court Jumaat ini.

“Jelas sekali banyak pengalaman dalam peringkat akhir Wimbledon akan membantu pendekatan saya dengan cara yang betul,” kata Djokovic.

Novak Djokovic bersama jurulatihnya Boris Becker (kiri) semasa sesi latihan di Wimbledon petang tadi. – Reuters
Novak Djokovic bersama jurulatihnya Boris Becker (kiri) semasa sesi latihan di Wimbledon petang tadi. – Reuters

“Saya telah bermain benar-benar bagus. Saya berharap ada dorongan tambahan. Saya berharap ia berlaku dalam separuh akhir dan peringkat akhir kejohanan.

“Saya bekerja keras untuk menempatkan diri saya dalam kedudukan ini berjuang untuk trofi besar. Saya mahu meneruskannya.”

Selepas dipaksa bekerja keras pada pusingan keempat oleh Kevin Anderson dari Afrika Selatan yang memegang mendahului dua set sebelum tewas pas set kelima, Djokovic percaya dia kini sudah lali dengan pertempuran sukar untuk mengakhiri kejohanan.

“Saya bangkit selepas ketinggalan dua set. Bermain sepanjang dua hari membolehkan saya benar-benar berasa seperti sudah menemui situasi paling sukar,” katanya.

“Jadi saya mempunyai perlawanan itu dalam fikiran sekarang kerana pada minggu pertama saya belum benar-benar diuji. Saya bernasib baik kerana menentang Kevin.”