Pengalaman Venice di Brunei Darussalam

Pengalaman Venice di Brunei Darussalam

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Rumah persinggahan Venice Lodge di Jalan Dato Ratna, Kampung Kiarong telah siap pembangunannya dan akan dibuka rasmi tidak lama lagi.

Venice Lodge menawarkan 30 bilik dengan empat pilihan iaitu Standard, Superior, Deluxe dan Triplex.

Selain itu, di tingkat satu terdapat kolam renang dan sesuai digunakan bagi acara seperti sambutan hari jadi.

Kesemua bilik terhad untuk dua orang, kecuali bilik Triplex, yang mempunyai satu katil tunggal dan satu katil ‘master’.

Setiap bilik juga mempunyai set TV bagi membolehkan tetamu menikmati suasana seperti di rumah sendiri.

Venice Lodge di Jalan Dato Ratna, Kampung Kiarong.
Venice Lodge di Jalan Dato Ratna, Kampung Kiarong.
Venice Lodge mempunyai kolam renang di tingkat satu bangunan berkenaan.
Venice Lodge mempunyai kolam renang di tingkat satu bangunan berkenaan.

Manakala bilik Standard pula tidak mempunyai tingkap.

Selain itu, penghuni juga dapat menikmati jamuan di restorannya yang terletak di lobi tingkat aras bawah. Waktu masuk (check-in) ialah pada jam 2 petang, manakala waktu keluar (check-out) ialah pada jam 12 tengah hari.

Menurut Pengurus Dayang Lim, Venice Lodge merupakan tempat penginapan yang unik kerana rekaannya dibuat berdasarkan konsep bangunan di Venice, Itali.

Penginapan seperti ini adalah satu-satunya yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah menghubungi Venice Lodge di talian +673 2455233, atau melayari laman sesawang www.venicelodgebrunei.com.

ARTIKEL YANG SAMA