Pengaman PBB rogol budak perempuan – Amnesti

Pengaman PBB rogol budak perempuan – Amnesti

ABIDJAN, 12 Ogos – Amnesti Internasional semalam menuduh anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun serta membunuh seorang budak lelaki dan bapanya ketika operasi di Bangui, ibu negara Republik Afrika tengah, pada awal buan ini.

Misi PBB, ditubuhkan untuk mengekalkan kestabilan ketika negara itu berhempas pulas untuk pulih daripada keganasan antara agama, sudah pun berdepan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa, sama seperti tentera Perancis dan pasukan pengaman Afrika sebelumnya.

Insiden-insiden tersebut yang dibangkitkan oleh Amnesty berlaku pada 2 dan 3 Ogos berikutan pertempiran bersenjata di antara tentera dari misi MINUSCA dan para penduduk enklaf Islam PK5 di Bangui yang menyaksikan seorang tentera Cameroon terbunuh dan sembilan yang lain mengalami kecederaan.

“Bukti yang kami peroleh dengan jelas menunjukkan bahawa anggota pengaman PBB merogol seorang kanak-kanak perempuan dan bahawa pasukan pengaman PBB membunuh dua orang awam,” Joanne Mariner, Penasihat Kanan Respons Krisis di Amnesty, berkata dalam satu kenyataan. – Reuters