Pengambilan baru SVSB bagi sesi Julai 2015 bermula

Pengambilan baru SVSB bagi sesi Julai 2015 bermula

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 3 Ogos – Minggu Suai Kenal bagi seramai 167 pelajar baru yang melanjutkan pembelajaran mereka di peringkat HNTEC, NTEC, Diploma dan Sijil Kemahiran sesi Julai 2015 sudah bermula di Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB), kelmarin.

Sesi yang diadakan di Dewan Serbaguna SVSB di Seria, itu telah dihadiri oleh Pengetua SVSB, Awang Akandi bin Haji Abdul Razak.

Pelbagai kegiatan telah diaturkan untuk minggu suai kenal tersebut termasuk taklimat mengenai peraturan-peraturan sekolah, taklimat dari BIBD (Bank Islam Brunei Berhad), aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan masing-masing dan bengkel aktiviti ‘Life Skills’ serta acara-acara yang memberikan pendedahan kepada suasana pembelajaran di SVSB.

Minggu suai kenal ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada para penuntut akan peraturan-peraturan sekolah serta undang-undang yang perlu mereka patuhi, diikuti juga dengan sesi suai-kenal di antara para penuntut dan tenaga pengajar di institusi ini.

Salah seorang penyelia SVSB di Minggu Suai Kenal bagi penuntut baru memberi maklumat mengenai salah satu aktiviti di Dewan Serba guna.
Salah seorang penyelia SVSB di Minggu Suai Kenal bagi penuntut baru memberi maklumat mengenai salah satu aktiviti di Dewan Serba guna.

Antara tawaran kursus-kursus oleh SVSB yang diambil oleh penuntut-penuntut baru pada tahun ini adalah, HNTec dalam Teknologi Maklumat, HNTec dalam Perdagangan dan Kewangan, HNTec Kejuruteraan Mekanikal, NTEC Pentadbiran Pejabat dan Perniagaan, NTec Teknologi Maklumat, NTEC Perantisan Peti Sejuk & Penyaman udara, BDTVEC Diploma Kejuruteraan Kimpalan dan Pemasangan Siap dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA