Pengambilan contoh darah dan air kencing bakal haji

Pengambilan contoh darah dan air kencing bakal haji

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Bakal-bakal haji Negara Brunei Darussalam yang akan menunaikan ibadat fardu haji bagi Musim Haji Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi diminta untuk mengambil contoh darah dan air kencing di daerah masing-masing.

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini di sini mengatakan, bagi Daerah Tutong, Temburong dan Belait, bakal jemaah haji diminta mengambil contoh darah dan air kencing pada 9 April bermula 8-11:30 pagi dan 1:30 hingga 4 petang masing-masing di Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong; Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Pekan Bangar Temburong; Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait.

Manakala di Daerah Brunei dan Muara, akan diadakan pada 11 April 2016 pada jam 8-11:30 pagi dan 1:30 hingga 4 petang di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

Sehubungan itu, semua bakal jemaah haji diharapkan dapat hadir ke hospital berkenan bagi membuat pengambilan contoh darah dan air kencing pada hari, tarikh dan masa yang telah diaturkan dengan membawa kad pintar dan kad Bru-Hims masing-masing.

Menurut kenyataan itu lagi, semua bakal jemaah haji dinasihatkan membuat pendaftaran terlebih dahulu di kaunter-kaunter penyambut tetamu pesakit luar yang telah disediakan sebelum menjalani pengambilan contoh darah dan air kencing.

ARTIKEL YANG SAMA