Pengambilan Diploma ‘Aliyah Qiraat kini dibuka

Pengambilan Diploma ‘Aliyah Qiraat kini dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah membukakan pengambilan siswa/siswi Diploma ‘Aliyah Qiraat bagi sesi pengajian 2016-2019.

Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam satu kenyataan di sini berkata, permohonan dibuka kepada semua warga negara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam, memperoleh pangkat Jayyid sekurang-kurangnya empat mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama (SPU) atau sekurang-kurangnya empat kredit dalam Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level atau yang sebanding dengannya (termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab); lulus temu duga kemasukan; mempunyai akuan kesihatan daripada pusat-pusat kesihatan kerajaan yang diiktiraf.

Warganegara asing yang berminat dan berkelayakan juga boleh memohon dengan membuat permohonan bertulis kepada Pengerusi Lembaga ITQSHHB.

Borang kemasukan boleh didapati di Lobi Pentadbiran, ITQSHHB, Simpang 175, KM2 Jalan RIPAS, Bandar Seri Begawan dan sebarang pertanyaan sila hubungi Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusuf dan Awang Yusairi bin Asbol di talian 2222090/2222093/2222096.

ARTIKEL YANG SAMA