Pengambilan kerja landasan memakan diri

Pengambilan kerja landasan memakan diri

NEW DELHI, 20 Nov (AFP) – Satu percubaan dari Indian Railways untuk merekrut kakitangan kurang upaya memakan diri minggu ini apabila calon-calon perlu naik bangunan dengan tiada lif atau tanjakan, menurut laporan Times of India hari ini.

Indian Railways majikan terbesar negara itu berkata mereka akan mengambil kerja 450 orang kurang upaya selepas Mahkamah Tertinggi mengarahkan ia menjadi lebih inklusif.

Namun apabila calon-calon tiba untuk menjalani ujian pekerjaan di New Delhi, mereka mendapati mereka perlu naik ke tingkat dua dan tiga bangunan tersebut tanpa perkhidmatan lif dan eskalator.

Kebanyakan pemohon gagal sampai ke tempat destinasi dalam masa yang ditetapkan, sementara beberapa pemohon perlu digendong menaiki tangga.

“Kebanyakan calon tidak dapat sampai ke pusat peperiksaan,” akhbar Times of India memetik salah seorang calon sebagai berkata.

“Kebanyakan mereka menangis.”

Pegawai Railway yang dipetik dari akhbar itu menyalahkan kemelut itu terhadap agensi swasta yang diupah untuk menjalankan pengambilan itu.

Menteri landasan kereta api India berkata dia telah memberikan arahan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab.

Pengambilan kerja di sektor kerajaan biasanya mendapat sambutan besar dalam negara di mana kerja-kerja tetap sangat dicari.

ARTIKEL YANG SAMA