Pengambilan surat tawaran PB

Pengambilan surat tawaran PB

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus di Politeknik Brunei (PB) bagi pengambilan ke-6 sesi akademik 2016-2017 dikehendaki mengambil surat tawaran mereka di Tingkat 2, Pusat Sehenti, Blok 2E Bangunan Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan berdasarkan kursus yang diambil.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Politeknik Brunei di sini, para pelajar yang berjaya dikehendaki membawa bersama kad pintar masing-masing bagi tujuan pengesahan semasa mengambil surat tawaran.

Bagi Kursus Sekolah Perdagangan dan Kursus Sekolah Teknologi Maklumat dan Info-Komunikasi, pelajar dikehendaki mengambilnya pada tarikh 4 dan 6/7 Jun 2016 (tertakluk kepada hari kelepasan awam 1 Ramadan 1437H) iaitu pada sesi pagi jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan sesi petang jam 1:45 hingga 4 petang. Manakala pada bulan Ramadan, sesi pengambilan surat bermula pada jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

Bagi Kursus Sekolah Sains Kejuruteraan dan Kursus Sekolah Sains Kesihatan pula bolehlah mengambilnya pada 8 dan 9 Jun jam 8:30 hingga 1:30 petang.

Untuk keterangan lanjut, para pelajar bolehlah melayari laman web www.pb.edu.bn

 

ARTIKEL YANG SAMA