Penganalisis pertimbang petunjuk alternatif

Penganalisis pertimbang petunjuk alternatif

BEIJING, 4 Okt (AFP) – Ketika kadar pertumbuhan yang dahulunya mantap mula merosot, pemerhati ekonomi gergasi China bimbang ia mungkin lebih buruk berbanding rupanya kerana data rasmi seperti tidak menyokong gambaran keseluruhan.

Namun di tengah-tengah ketidak-percayaan ke atas angka yang dikeluarkan kerajaan, ahli ekonomi berbelah-bahagi mengenai cara lain mengukur ekonomi negara itu yang boleh digunakan.

Angka pertumbuhan rasmi tahun lalu merupakan yang paling perlahan dalam hampir satu suku abad, dan jatuh kepada tujuh peratus dalam suku pertama tahun ini—disyaki terlalu hampir dengan ramalan kerajaan.

Walau bagaimanapun, terdapat kesepakatan antara ahli ekonomi bahawa pertumbuhan sebenar di China adalah lebih rendah.

Data rasmi adalah ‘dusta,’ kata Willem Buiter, ketua ahli ekonomi di Citigroup, yang menganggarkan kadar pertumbuhan adalah ‘4.5 peratus atau kurang,’ menurut Bloomberg News.

Seorang petani menuai hasil di ladangnya di Yili, Kawasan Autonomi Xinjiang. Pembuat traktor dan jentera besar lain di dunia mendapat peluang luar biasa bagi pertumbuhan di China di sebalik KDNK perlahan negara ekonomi nombor dua dunia itu, dengan permintaan mesin besar perladangan semakin baik ketika tenaga buruh pedalaman semakin mengecut dan saiz plot ladang semakin besar. – Reuters
Seorang petani menuai hasil di ladangnya di Yili, Kawasan Autonomi Xinjiang. Pembuat traktor dan jentera besar lain di dunia mendapat peluang luar biasa bagi pertumbuhan di China di sebalik KDNK perlahan negara ekonomi nombor dua dunia itu, dengan permintaan mesin besar perladangan semakin baik ketika tenaga buruh pedalaman semakin mengecut dan saiz plot ladang semakin besar. – Reuters

Anggaran perantara dibuat oleh tujuh lagi ahli ekonomi yang ditanyakan Bloomberg adalah 6.3 peratus.

Ketidakpercayaan anggaran data ini disebabkan anggaran yang disiarkan agak pantas, ia hanya mengambil masa kurang daripada dua minggu untuk mendedahkan pertumbuhan suku kedua tahun ini, berbanding dengan sebulan di AS.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga mengatakan dalam pertengahan September bahawa China boleh ‘memperbaiki lagi’ kualiti dan ketelusan datanya. Manakala menteri kewangan Perancis Michel Sapin mengatakan bulan ini: “Tiada siapa percaya dengan setulusnya bahawa data rasmi itu adalah benar.”

Usaha China untuk menyokong pasaran saham yang menjunam dan penurunan nilai yuan musim panas ini mencetuskan kebimbangan bahawa tajuk berita pertumbuhan data semakin jauh daripada realiti.

Malah perdana menteri China sendiri, Li Keqiang melahirkan keraguan terhadap ketepatan anggaran KDNK negara.

Apabila menilai ekonomi, Li mengatakan dia menumpukan hanya pada tiga petunjuk—penggunaan elektrik, volum kargo kereta api dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan, menurut memo rahsia yang dikeluarkan laman web WikiLeaks dalam lewat 2010.

“Semua data lain, khususnya statistik KDNK adalah ‘untuk rujukan sahaja,’ katanya sambil tersenyum, menurut laman web itu.

Dan kesemua tiga petunjuk yang dijadikan ‘Indeks Li Keqiang’ ini menunjukkan masa depan suram.

Penggunaan elektrik naik hanya 1 peratus daripada Januari sehingga Ogos, paling perlahan dalam 30 tahun, menurut agensi berita Xinhua.

Sektor pengilangan utama pula mengecut selama tujuh bulan, menurut badan bebas, Indeks Pengurusan Pembelian Caixin (PMI).

Perancang ekonomi tertinggi China, NDRC bagaimanapun minggu lalu mempertahankan kredibiliti pertumbuhan ekonomi 7 peratus itu.

ARTIKEL YANG SAMA