Penganggur curi HTC dipenjara seminggu

Penganggur curi HTC dipenjara seminggu

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Seorang penganggur warga penduduk tetap dijatuhi penjara selama seminggu oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri satu unit telefon bimbit.

Hukuman dijatuhkan oleh Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli terhadap Mohammad Adini bin Awang Nazri, 20, kerana mencuri telefon bimbit HTC di sebuah kafe siber di Jalan Muara, pada 17 Mei 2016, kira-kira jam 8:20 pagi.

Fakta kes daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nor ‘Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi menyebut, tertuduh mengambil telefon bimbit yang diletakkan di meja pembayaran ketika juruwang pergi ke bahagian lain kafe.

Tertuduh kemudian menjual telefon bimbit itu pada harga $160 dan menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan hariannya.

pg06_160427_mahkamah logo2

Pemilik telefon bimbit yang menyedari telefonnya telah hilang, terus membuat laporan polis.

Pada 24 Mei, tertuduh telah dibawa kepada Balai Polis Berakas oleh keluarganya.

Tertuduh mengaku mencuri telefon bimbit itu namun pihak polis gagal menemui semula telefon itu.

ARTIKEL YANG SAMA