Penganggur dipenjara 8 bulan

Penganggur dipenjara 8 bulan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Gara-gara cuba mencuri alat ganti kereta, seorang penganggur dijatuhi lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Sofian bin Mohammad, 35, yang mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel yang terletak di Kampung Menglait pada 29 Mei 2016.

Kertas pertuduhan menyebut, tertuduh memasuki bengkel itu melalui bahagian bawah pintu pagar.

Tindakannya yang cuba menarik keluar barang yang cuba dicurinya melalui bawah pintu pagar itu disedari oleh pekerja bengkel yang baru sahaja tiba. Tertuduh terus diberkas.

 

ARTIKEL YANG SAMA