Penganggur mencuri kena penjara

Penganggur mencuri kena penjara

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Seorang penganggur telah dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan mencuri.

Abdul Hakim bin S.M Musa, 24, mengaku bersalah kerana mencuri satu pemotong kayu dan logam dari Perindustrian Ringan di Kampung Katimahar, pada 17 Ogos 2016, kira-kira jam 1:30 petang.

Dia didakwa oleh Pegawai Pendakwa, Shim Yi Yyn di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Perbuatan tertuduh itu dirakam oleh CCTV yang menunjukkan tertuduh membawa pemotong kayu dan logam itu ke dalam keretanya.

Tertuduh mengaku telah menjual pemotong kayu dan logam yang berharga $500 itu pada harga $40 sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA