Penganggur pecah masuk rumah dipenjara

Penganggur pecah masuk rumah dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160420_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini, atas pertuduhan pecah masuk rumah dan curi.

Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Suhaimi bin Mohd Sufri, 21, yang didakwa memecah masuk sebuah rumah di Jalan Maulana, Kuala Belait pada 24 Januari 2015, dan mencuri Apple iPad 2; Apple iPad Mini; Apple iPhone 4 dan kamera digital Nikon.

Fakta kes menyebut, tertuduh dan rakan sejenayahnya sekitar jam 2 pagi pada 24 Januari telah memasuki rumah tersebut melalui tingkap gelongsor.

Pemilik rumah yang terjaga daripadatidurnya terlihat tertuduh dan rakan sejenayahnya berada di biliknya, dan terus menjerit mengarahkan mereka keluar dari biliknya.

Tertuduh dan rakan sejenayahnya terus melarikan diri bersama-sama barang yang dicuri melalui tingkap gelongsor.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA