Penganggur sorok dadah terima padah

Penganggur sorok dadah terima padah

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 22 Sept – Padah menimpa seorang penganggur yang diberkas polis selepas perbuatannya yang menyorokkan dadah di dalam beg silang yang dipakainya terbongkar dalam satu serbuan  di rumah panjang Bakat, Jalan Kubong petang kelmarin.

Suspek berusia 23  ditahan sekitar jam 4:30 petang bukan saja menyorokkan dadah dipercayai syabu malah turut positif  Amphethamine.

Ketua Polis Daerah Limbang Super-intenden Mohd Bukhori Saffai berkata hasil serbuan itu polis menjumpai lima paket syabu dan empat tiub straw yang mengandungi syabu daripada suspek.

“Kesemua dadah itu disorok suspek di dalam beg silang yang dipakainya.

RAMPAS...Dadah yang dirampas dari suspek.
RAMPAS…Dadah yang dirampas dari suspek.

“Ujian awal air kencing juga mendapati suspek positif Amphethamine,” katanya di sini semalam.

Terdahulu ujarnya sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  (BSJN)  melakukan operasi itu.

Jelasnya operasi dijalankan hasil maklumat awam yang diterima pihaknya. Katanya suspek juga akan direman hari ini (semalam) dan akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.