Pengangguran di Perancis meningkat

Pengangguran di Perancis meningkat

PARIS, 27 Sept – Bilangan orang yang kehilangan pekerjaan di Perancis mencecah paras tertinggi dalam tiga tahun pada bulan Ogos, lebih daripada 3.556 juta, menimbulkan keraguan atas ikrar Presiden Perancis Francois Hollande dalam isu pengangguran, menurut data rasmi hari ini.

Dalam laporan bulanannya pada isu pengangguran, kementerian buruh Perancis berkata lebih 50,200 pencari kerja memasuki pasaran kerja tempatan bulan lalu, meningkat sebanyak 1.4 peratus daripada bulan sebelumnya.

Pada asas tahunan, kadar pengangguran jatuh sebanyak 0.3 peratus, menurut data bulanan kementerian itu.

Dalam tempoh itu, kadar pengangguran golongan belia-belia meningkat sebanyak 2.3 peratus manakala bagi warga emas yang menganggur meningkat sebanyak 1.2 peratus.

Menteri Buruh Perancis, Myriam El Khomri berkata peningkatan pengangguran itu disebabkan oleh “kesukaran sektor tertentu terutamanya yang terlibat dengan pengeboman pada bulan Julai lalu.”

Walaupun aras data yang suram, El Khomri berikrar bahawa “tindakan sektor pekerjaan dan memerangi pengangguran perlu diteruskan dengan intensiti yang sama.”

Dalam tempoh kerajaan itu, pemerintah Sosialis melancarkan pelbagai program buruh termasuk pekerjaan yang ditaja oleh kerajaan untuk belia, caj lebih rendah bagi perusahaan untuk pengambilan pekerja dan kontroversi pembaharuan kod buruh terkini yang mencetuskan protes jalanan yang ganas telah menggoyahkan kem pemerintah Sosialis.

Kadar pengangguran di Perancis kini pada 9.9 peratus. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA