Penganiayaan bukan puncanya

Penganiayaan bukan puncanya

YANGON/MAUNGDAW, 4 Jun (Reuters) – Myanmar hari ini mengatakan penganiayaan ke atas populasi Rohingya Islam bukanlah punca krisis penghijrah Asia Tenggara, sehari selepas Amerika Syarikat menyeru negara itu memberikan hak penuh kepada minoriti itu untuk membantu menamatkan pelarian beramai-ramai.

Presiden Barack Obama minggu ini mengatakan Myanmar perlu menamatkan diskriminasi terhadap Rohingya jika ia mahu berjaya dalam peralihannya ke demokrasi, ketika Washington meningkatkan tekanan ke atas negara itu untuk menangani apa yang dilihatnya sebagai punca akar umbi penghijrahan yang sukar ditangani rantau itu.

Myanmar tidak mengiktiraf 1.1 juta etnik Rohingya sebagai warganegaranya, menyebabkan mereka tidak bernegara. Hampir 140,000 hidup melarat dalam pertempuran maut dengan penganut Buddha dalam negeri barat, Rakhine dalam 2012 di negara itu.

“Digambarkan bahawa diskriminasi dan penganiayaan adalah punca orang ini melarikan diri dari negeri Rakhine, namun ia tidak benar,” kata Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Myanmar, Wunna Maung Lwin memberitahu diplomat dan agensi asing di Yangon.

Dia menekankan jumlah warga Bangladesh yang berada dalam kapal penghijrah yang mendarat dalam Mei adalah bukti bahawa kebanjiran pelarian bot ini sebagai masalah serantau yang berkaitan dengan penyeludupan manusia.

Penghijrah yang ditemui di laut dalam sebuah bot, mengumpulkan air hujan semasa hujan lebat di kem pelarian sementara berhampiran jeti Kanyin Chaung, di bandar Maungdaw, utara negeri Rakhine, Myanmar. Myanmar menolak penganiayaan sebagai punca pelarian beramai-ramai penghijrah sebaliknya mengatakan ia berpunca daripada penyeludupan. – Reuters
Penghijrah yang ditemui di laut dalam sebuah bot, mengumpulkan air hujan semasa hujan lebat di kem pelarian sementara berhampiran jeti Kanyin Chaung, di bandar Maungdaw, utara negeri Rakhine, Myanmar. Myanmar menolak penganiayaan sebagai punca pelarian beramai-ramai penghijrah sebaliknya mengatakan ia berpunca daripada penyeludupan. – Reuters

“Insiden ini menunjukkan kepada rantau ini dan juga masyarakat antarabangsa bahawa ini bukanlah punca utama,” katanya.

Kapal yang dirujuknya adalah kapal yang dipintasi oleh tentera laut Myanmar bulan lalu. Myanmar mengatakan 200 daripada 208 orang dalam kapal itu adalah penghijrah ekonomi dari Bangladesh.

Namun satu siasatan Reuters mendapat bahawa 150-200 Rohingya juga berada dalam kapal itu, namun dilarikan oleh penyeludup manusia dalam masa seminggu sebelum tentera laut membawanya ke daratan.

Timbalan ketua diplomat di kedutaan Bangladesh di Yangon, Tareque Muhammad memberitahu Reuters bahawa hanya 150 orang dari bot itu dikenal pasti dan mempunyai dokumen sebagai orang Bangladesh.

Menteri Hal Ehwal Etnik Kawasan Rakhine di Yangon, Zaw Aye Maung dalam sidang ringkas sama mengatakan jika genosid berlaku di negeri Rakhine, maka ia adalah terhadap etnik Buddha Rakhine.

“Kami sekarang dalam bahaya diatasi oleh orang Bangladesh ini,” ulas Zaw yang tampaknya membangkitkan kemarahan duta dari Bangladesh, Mohammad Sufiur Rahman. Sufiur Rahman enggan bercakap dengan wartawan selepas sidang media itu.

ARTIKEL YANG SAMA